Berita

Pelakon Komedi Jepun, Ken Shimura Menjadi Mangsa Terbaru COVID-19

Views

Pelakon komedi Jepun terkenal, Ken Shimura dilaporkan telah meninggal dunia selepas dijangkiti Koronvirus.

Menurut agensinya yang memberitahu CNN, Shimura menderita gejala seperti pneumonia, dan meninggal dunia pada malam Ahad. Pelakon berusia 70 tahun itu mengadu keletihan dan dimasukkan ke hospital pada 17 Mac yang lalu. Pada 20 Mac, mendiang mengalami simptom pneumonia yang teruk sebelum diuji positif koronavirus pada 23 Mac.

Shimura digambarkan sebagai “Robin Willaims Jepun”, dan pemergiaannya diratapi para peminat di Jepun dan mendapat liputan meluas rangkaian televisyen negara itu.

Shimura memulakan karier komedinya pada 1974 selepas menyertai kumpulan komedi yang dikenali sebagai Drifters. Dia kemudiaannya menjadi terkenal selepas persembahan “Mustache Dance” yang mirip seperti Charlie Chaplin.

Kementerian Kesihatan Jepun mencatatkan 173 kes baru koronavirus pada hari Ahad yang lalu, dengan 68 kes berlaku di Tokyo. Jepun merupakan antara negara yang terkesan teruk dengan pandemik koronavirus sehingga memaksa pihak kerajaan membatalkan beberapa acara termasuklah Sukan Olimpik 2020.

Tinggalkan Balasan

shares