
Pelakon terkenal antarabangsa, Christopher Plummer meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Plummer menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat di sisi isteri tercinta, Elaine Taylor di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat.
“Dunia telah kehilangan seorang pelakon yang berwibawa hari ini dan saya telah kehilangan seorang rakan yang disayangi.”
“Saya hargai segala kenangan kami bersama,” kata pelakon Julie Andrews dalam satu kenyataan.
Mendiang telah memulakan kariernya sejak awal 50an dan telah membintangi pelbagai filem, siri televisyen serta teater.
Persembahannya yang paling terkenal adalah menerusi watak Kapten Von Trapp dalam filem The Sound of Music pada tahun 1965.
Selain itu juga, mendiang pernah muncul dalam beberapa filem terkenal seperti Waterloo, The Return of the Black Panther, National Treasure, remake The Girl with the Dragon Tattoo dan yang terbaru, filem tahun 2019 arahan Rian Johnson Knives Out sebagai Harlan Thrombey.
Sumber: Astro Awani