
Pelakon terkenal Jepun yang pernah membintangi Kamen Raider dan Pretty Guardians Sailor Moon, Akira Kubodera disahkan meninggal dunia di apartmentnya, dipercayai membunuh diri.
Media tempatan melaporkan, pelakon berusia 43 tahun itu ditemui koma di kediaman di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital. Siasatan polis mengesahkan, Kubodera mati akibat membunuh diri, dan agensi pelakon itu turut mengeluarkan kenyataan media pada Sabtu yang lalu.
Menurut kenyataan itu, kematian yang mengejut itu membuatkan rakan serta keluarganya tidak dapat menerima kenyataan itu. Mereka masih mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media tidak mengganggu keluarganya.
Kubodera berkahwin dengan pelakon Yuko Omori dan mereka memiliki seorang anak perempuan
Sumber: Harian Metro