Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon JERRY MAGUIRE, SKY HIGH Meninggal Dunia Pada Usia 57 Tahun

Isteri kepada pelakon Hollywood John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara. Kematian Kelly Preston, 57, itu disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya.

Kata pelakon Saturday Night Fever itu, mendiang isterinya itu telah berjuang hampir dua tahun melawan penyakit tersebut.


“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara. Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai,” tulisnya.

Mendiang Preston dan Travolta telah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun dan memiliki tiga cahaya mata.

“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka. Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” katanya.

Pasangan tersebut berkahwin di Paris pada 1991.

Preston muncul dalam lebih daripada enam puluh produksi televisyen dan filem, antara Mischief (1985), Twins (1988), dan Jerry Maguire (1996). Dia akan terkenal terkenal dengan watak Jetstream dalam filem komedi superhero, Sky High (2005) . Dia juga muncul bersama suami John Travolta dalam filem Battlefield Earth.

Filem terakhir gandingan bersama pasangan ini adalah berjudul Gotti yang ditayangkan pada 2018.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment