
Pengarah James Gunn mengesahkan penggambaran filem ketiga Guardians of the Galaxy telahpun bermula secara rasmi. Pengesahan itu dibuat menerusi akaun Twitter peribadi berserta dengan gambar barisan pelakon filem berkenaan. Dalam perkongsian tersebut, Gunn turut mengingati perjalanannya yang “pelik dan panjang, dan kadangkala mencabar”, dengan francais itu.
Gambar belakang tabir itu menampilkan barisan pelakon asal yang terdiri daripada Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, dan Pom Klementieff, bersama pelakon baharu Guardians of the Galaxy, Will Poulter. Dalam filem akan datang, Poulter akan memainkan watak popular Komik Marvel, iaitu Adam Warlock.
Anda boleh lihat gambar yang dikongsikan Gunn dibawah:
It’s been a strange & long & at times challenging journey to get here, but the obstacles along the way have only made this moment more blissful. Back on set with my Guardians family for the first day of shooting #gotgvol3 pic.twitter.com/DrF8ZV8bvz
— James Gunn (@JamesGunn) November 8, 2021
Selain itu juga, Gunn turut mengesahkan penglibatan bintang siri Peacemaker, Chukwudi Iwuji.
Chuk has indeed joined the cast. After working with him on #Peacemaker I wasn’t about to let go of one of the best actors I’ve ever worked with – so I gave him the role most every big name actor in Hollywood wanted. #TalentAboveAllElse https://t.co/ar2vYqRt5u
— James Gunn (@JamesGunn) November 8, 2021
Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekali lagi ditulis dan diarahkan oleh James Gunn. Ia menampilkan kepulangan Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper dan Vin Diesel. Kesemua mereka akan mengulangi peranan masing-masing sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Roket, dan Groot.
Butiran plot tentang Guardians of the Galaxy Vol. 3 masih belum didedahkan, tetapi ia mungkin melibatkan pencarian Gamora yang hilang secara tiba-tiba selepas Thonas ditewaskan dalam peristiwa Avengers: Endgame. Gunn juga sebelum ini mengesahkan bahawa karakter Rocket, lakonan Bradley Cooper, akan memainkan peranan besar dalam threequel yang akan datang
Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan pada 5 Mei 2023.