Menurut Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof, dia mengambil risiko untuk melakukan sendiri kesemua lagak ngeri yang terdapat dalam filem tersebut dan menganggap kecederaan yang dialaminya sebagai asam garam bergelar pelakon.

“Apatah lagi, pengalaman berlakon dalam naskhah seram sebegini tidak mustahil akan terjadinya insiden yang tak diduga.

“Buat masa sekarang, saya belum berjumpa dengan doktor. Harap-harap kecederaan ini tidak bertambah teruk dan memudaratkan.

“Insya-Allah, saya akan melakukan pemeriksaan kesihatan sejurus tamatnya penggambaran beberapa hari sahaja lagi,” katanya berkongsi cerita.


Town Mall merupakan naskhah adaptasi novel berjudul serupa terbitan Aifa Motion Pictures berkolaborasi dengan Enuja Productions dan Noname Films Factory.

Selain Eizlan, filem bergenre seram arahan sutradara Ahmad Idham itu turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Reen Rahim dan Adam Shahz.

Sumber: Utusan Online