Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Pelakon “E.X.I.T” Kongsikan Video Ucapan Terima Kasih Selepas Filem Ditonton Lebih 6 Juta Kakiwayang

Filem Korea terbaru berjudul E.X.I.T telah mencipta kejayaannya tersendiri apabila telah ditonton lebih enam juta penonton dalam tempoh dua minggu tayangannya. Menurut Korea Film Council, E.X.I.T melepasi angka enam juta pada pagi 13 Ogos, tiga selepas filem tersebut melepasi angka lima juta tontonan pada 10 Ogos yang lalu.

Sebagai menyambut kejayaan filem tersebut, para pelakon E.X.I.T yang terdiri daripada Jo Jung Suk, YoonA, Kim Ji Young, Kang Ki Young, dan PD Lee Sang Geun telah memuat naik gambar dan video ucapan terima kasih kepada penonton sambil memakai glove getah yang menjadi tanda pengenalan kepada filem tersebut.

https://www.facebook.com/CJENMMOVIE/videos/2356632884599570/

E.X.I.T mengisahkan Yong Nam (Jo Jung Suk) gagal dalam pencarian kerja, dan ibunya malu untuk memperkenalkan anaknya untuk “blind dates” kerana anaknya menganggur. Yong Nam bertembung dengan Eui Joo (Yoona), pada pesta ulang tahun ke-70 kelab mendaki batu kolej mereka. Eui Joo merupakan junior Yong Nam di kelab tersebut ketika di kolej.

Perjuangan bermula ketika mereka berusaha melarikan diri dari gas maut yang dapat membunuh seseorang dalam beberapa minit. Yong Nam dan Eui Joo memberitahu semua orang untuk menyelamatkan diri dan pergi ke atas bumbung untuk melarikan diri dari gas, dan mereka menggunakan kemahiran mendaki mereka ketika mereka memanjat bangunan dalam usaha untuk bertahan hidup.

Filem diarahkan oleh Lee Sang-geun dan akan ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 5 September ini.

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

Leave a Comment