Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pelakon drama Keluarga Iskandar ‘Terperangkap’ Di Selangor Mansion

Pelakon drama Keluarga Iskandar, Mohd Sobri Anuar Tarmizi dilaporkan ‘terperangkap’ di Selangor Mansion, salah satu bangunan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan semalam.

Menurut laporan dari Harian Metro, pelakon berusia 43 tahun itu pulang ke bilik sewanya semalam kerana ingin mengambil bahan rakaman program dalam ‘hard disk’ miliknya.


“Ikutkan, memang ada kesal juga kerana saya balik ke bilik sewa ini semalam hanya untuk ambil bahan rakaman program dalam ‘hard disk’ tetapi terus ‘terperangkap’ di sini.

“Paling sukar, saya tiada bekalan makanan dan ubat-ubatan di bilik ini. Ketika turun nak membeli barang, saya tak boleh keluar dan seluruh kawasan sudah dipasang kawat berduri dan dikawal pihak berkuasa,”

Mohd Sobri, kini terpaksa berkurung di bilik sewanya di bangunan Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur apabila kerajaan melaksanakan PKPD.

Perlaksanaan PKPD ke atas Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion dibuat berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Mohd Sobri yang masih bujang ketika dihubungi berkata, dia balik ke bilik sewa itu sekali- sekala kerana menetap bersama ibu bapanya di Klang, Selangor.

“Disebabkan nak ambil ‘hard disk’ untuk menyiapkan bahan kerja saya, akhirnya perlu reda berhadapan situasi ini. Ujian yang sudah tertulis buat saya. Memang tak sangka dan saya pun demam sekarang. Selain itu, saya juga ada rasa sakit dada sedikit,” katanya yang turut bimbang dengan tahap kesihatannya terutama simptom wabak Covid-19.

Bagaimanapun, dia lega kerana pihak KKM menghantar pasukan perubatan ke kawasan itu sekitar jam 1.30 petang hari ini membuat pemeriksaan saringan bagi mengesan penghuni bergejala wabak berkenaan.

“Selepas sampel diambil, saya cuba positifkan diri dan berharap ia demam biasa dan tidak mahu terlalu berfikir negatif. Apatah lagi, ibu bapa dan keluarga memberi saya semangat. Malah, ramai juga rakan artis menghubungi saya untuk memberi kata-kata positif dan minta banyak berdoa dalam berhadapan situasi berat ini,”

Mohd Sobri berkata, dia bersyukur pihak KKM sudah menghantar pasukan perubatan datang ke kawasan bangunan itu untuk melakukan ujian saringan semua penghuni terbabit.

“Kini, saya cuma berdebar menunggu keputusan yang akan diterima nanti dan berharap dapat mengetahuinya secepat mungkin untuk rawatan awal. Namun, harapan saya semoga kesihatan okay dan gejala dialami ini hanya demam biasa. Mohon doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Leave a Comment