Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Pelakon Drama Ditahan Kerana Memiliki Dadah Dan Senjata

aidil-aziz

Pelakon Aidil Aziz ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28. ditahan bersama dua lagi suspek di sebuah kediaman di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Menerusi salinan laporan polis yang diterima Astro Gempak, ketika serbuan pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

Selain itu turut ditemui lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Dua suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36 dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez, 33.

Sumber: Astro Gempak

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment