Berita

Pelakon Crocodile Dundee Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Views

Pelakon siri televisyen YOU, Mark Blum,69, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat kompilkasi jangkitan kornavirus.

Pelakon yang pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan dan Crocodile Dundee itu meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus itu minggu lepas.

Menurut isterinya, Janet Zarish berkata mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti.

Blum, bagaimanapun dilapor menghidap asma.

Syarikat pengendali teater New York, Playwrights Horizons mengumumkan kematian aktor itu pada Khamis di akaun Twitter.

“Dengan berat hati dan rasa kasih, Playwrights Horizons mengucapkan takziah kepada Mark Blum, rakan lama dan artis hebat yang pergi meninggalkan kita minggu ini.

“Terima kasih, Mark, di atas sumbangan anda kepada teater ini, dan teater juga penonton lain di seluruh dunia. Kami merindui mu.”

Blum dilahirkan pada 14 Mei 1950. Antara filem yang pernah dibintanginya termasuk Blind Date, Eighties dan Lovesick.

Penglibatan terbaharu Blum adalah dalam siri psikothriller televisyen YOU di mana mendiang memegang watak sebagai pemilik kedai buku bernama Mooney.

Siri TV lain yang dibintanginya termasuk Roseanne, New York Undercover, CPW, The West Wing, NYPD Blue dan Frasier.

Sumber: Astro Awani

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks