Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Pelakon Blok 404 Sedia Terima Kecaman Disebabkan Babak Ranjang

Dua pelakon filem Blok 404, Amar Asyraf serta Nadia Brian sedia menerima kecaman sekirannya babak ranjang mereka dalam filem seram terbabit mencetuskan kontroversi dikalangan netizen.

Amar dan Nadia merupakan antara pelakon dalam filem remake dari telemovie Blok 404 terbitan DBI Entertainment.

Berkata pada laman web mStar baru-baru ini, Amar memberitahu isterinya tidak melarang beliau melakukan aksi ranjang bersama pelakon Nadia Brian kerana faham itu adalah sekadar lakonan dan minat Amar pada karier lakonan.

“Memang saya bawa isteri ke set penggambaran untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, senang supaya tidak timbul isu lain,”  “Saya sebenarnya tak takut isteri marah, sebaliknya saya lebih bimbang kalau Nadia gagal melakukan babak itu memandangkan dia tiada pengalaman melakonkan adegan intim.” – Amar

Sumber gambar: Cinema Online

Sementara itu, Nadia Brian yang merupakan seorang pelakon baru dan sedang meningkat naik, telah meminta kebenaran keluarga dalam melakukan aksi tersebut dan keluarganya tidak menghalangnya untuk melakonkan babak tersebut

“Untuk babak-babak intim, awal-awal lagi saya sudah jelaskan kepada keluarga dan minta izin daripada mereka. Lagipun ada babak yang dirakam dengan teknik helah kamera (camera trick),” – Nadia

Nadia berasa lega apabila isteri gandingannya turut hadir ketika babak itu dijayakan sekaligus dia tidak perlu risau sekiranya babak itu mencetuskan kontroversi kelak.

Sumber gambar: Cinema Online

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai wataknya dalam filem tersebut sebagai seorang pemuda sosial dan bermasalah, pelakon berusia 31 tahun itu sanggup berkunjung ke kelab malam dan pusat hiburan selama tiga hari berturut-turut bagi mendapatkan ‘feel’ wataknya.

Selain Amar dan Nadia, Blok 404 juga turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Zamarul Hisyam, Boy Iman, Raja Azrey, Fasha Sandha, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Adrea, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty.

Filem “Blok 404” dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada hujung tahun ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment