Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon Asal Wonder Woman Akan Membawa Watak Cameo Dalam Filem Sekuel

Pengarah filem Wonder Women, Patty Jenkins yang baru disahkan akan meneruskan tugasnya mengarah filem kedua Wonder Woman berkata beliau akan berusaha untuk membawa masuk pelakon asal Wonder Women, Lynda Carter dalam filem keduanya nanti.

Menurutnya lagi, beliau mahukan pelakon veteran tersebut membawa watak cameo dalam filemnya nanti.

Lynda Carter merupakan pelakon asal Wonder Woman dan membawa watak tersebut dalam siri TV dari tahun 1975 sehingga ke tahun 1979. Patty Jenkins mendedahkan beliau sangat meminati pelakon tersebut dan pernah menonton siri tv itu. Bagaimanapun, usahanya untuk membawa Lynda dalam filem pertama gagal disebabkan kesibukkan jadual pelakon veteran berkenaan.

Lynda sebelum ditanya oleh wartawan kenapa dia tidak menerima tawaran watak cameo dalam filem Wonder Woman. Beliau mendedahkan, yang kesibukan dan jadual yang padat telah menyebabkan dia terpaksa menolak untuk berlakon dalam filem arahan Patty Jenkins itu.

“I’ve spoken to [director] Patty Jenkins. She talked to me on the phone about the character, and we were trying to see if I could do something with the movie, but it didn’t work out. The timing was off, and I was doing other things and couldn’t get over to where they were shooting.ā€

Wonder Woman – Lynda Carter

Walaupun tidak muncul dalam filem Wonder Woman, Lynda Carter membuat kemunculannya dalam siri DC, Supergirl dengan membawa watak Presiden Amerika,Ā Benoist-led.

Sementara itu, Patty Jenkins menegaskan yang dia akan berusaha untuk membawa Lynda Carter ke dalam filem kedua arahannya nanti.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment