Pelakon Asal The Blair Witch Project Resah Dengan Filem Terbaru

562
views
miss02_1474242815
Pelakon Asal The Blair Witch Project

Sejak filem seram The Blair Witch Project (2016) ditayangkan beberapa minggu lalu, kehidupan bekas pelakon filem asal kembali tidak menentu gara-gara fenomena disebabkan filem asal yang ditayangkan pada tahun 1999.

Mungkin ramai tidak tahu, filem asal The Blair Witch Project hanyalah lakonan semata-mata dan bukan rakaman sebenar serangan makhluk halus seperti dihebohkan ketika itu.

Bagi melariskan filem itu, produksi turut meletakkan barisan pelakonnya seperti Heather Donahue, Michael Williams dan Josh Leonard meninggal dunia dalam profil mereka di portal IMBD.

Pada masa sama, penonton menganggap tiga pelakon terbabit memang mati di realiti berikutan mereka turut menggunakan nama sebenar dalam filem arahan Daniel Myrick dan Eduardo Sanchez itu.

Poster palsu bagi melariskan filem
Poster palsu bagi melariskan filem

Bukan itu saja, bagi menguatkan bahawa filem tersebut itu benar, pengarah Eduardo Sanchez turut mewujudkan laman web palsu menceritakan mengenai tragedi Blair Witch dan barisan pelakonnya pula ‘disorok’ ketika filem itu mula ditayangkan di pawagam bagi menampak filem seram kelihatan lebih realistik

Sungguhpun ianya filem berbajet rendah, namun ia telah berjaya memperoleh kutipan mencecah AS$248 juta. Walaupun taktik berkenaan berjaya, namunn ia memberikan kesan negatif yang amat besar. Kehidupan serta karier seni Donahue, Williams dan Leonard telah musnah sama sekali.

Menurut The Independent, ketiga-tiga pelakon berkenaan hanya didedahkan selepas filem itu popular, malangnya kehadiran mereka tidak diterima baik penonton malah turut dikecam teruk.

blair-witch-callie-hernandez

Donahue, 41, mendedahkan ibunya menerima ucapan takziah daripada pelbagai individu dari seluruh dunia yang percaya dia betul-betul mati.

Bukan saja kritikan, pelakon itu turut dijadikan bahan jenaka dalam beberapa sketsa termasuk filem lawak popular Scary Movie.

Paling teruk adalah reaksi orang ramai ketika berada di luar rumah dan Donahue memberitahu pernah didatangi individu yang mendoakan dia sepatutnya mati dan menuntut wang mereka dikembalikan.

“Kejayaan filem itu memaksa saya berdepan dengan kehidupan seperti ini. Ia seperti tumor atau tatu di muka,”

– Donahue

Selepas 17 tahun berlalu, Donahue bimbang tayangan Blair Witch di pawagam sekarang akan menjejaskan kembali kehidupannya.

“Kemunculan filem kedua ini seolah-olah membuatkan kehidupan saya dan keluarga kembali semula dalam situasi lalu yang sememangnya cabaran besar bagi kami semua.

“Ibu saya sudah mula mendapat pertanyaan mengenai kad ucapan simpati,”

– Donahue

Tambah Donahue, sampai sekarang, teori konspirasi membabitkan dirinya dan pelakon lain The Blair Witch Project masih dibincangkan di Internet.

“Masih ada yang fikir saya, Williams dan Leonard diupah berlakon sebagai mangsa Blair Witch berikutan tiga pelajar dalam filem itu sememangnya sudah meninggal dunia.

“Mereka mendakwa kami diupah supaya tiada sesiapa akan ditahan pihak berkuasa,”

– Donahue

Selepas filem berkenaan, Donahue bersara dari lakonan dan turut berkongsi kisah kehidupannya dalam buku berjudul GrowGirl: How My Life After The Blair Witch Project Went to Pot.

The Blair Witch Project 2016
The Blair Witch Project 2016

Kru mereka babak seram

Sedikit maklumat mengenai pembikinan filem itu, kru dan pelakon filem itu menghabiskan masa selama lapan hari membuat penggambaran di hutan Maryland.

Pelakon mendirikan khemah dan mereka diberikan alat GPS sebagai panduan untuk bergerak.

Sebahagian besar babak filem itu memaparkan pelakon memberi reaksi terhadap bunyi serta situasi yang dicipta kru.

Hantu Blair Witch sebenar ialah kru yang mengoyang khemah pelakon, membuat suara kanak-kanak bermain, mengantung simbol dari ranting dan menyusun batu.

Donahue pula dibekalkan segala informasi mengenai Blair Witch supaya Williams dan Leonard boleh bertanyakan soalan mengenai makhluk halus itu kepadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here