You are here Home » Pelakon Asal Dan Aykroyd & Ernie Hudson Secara Rasmi Sertai Barisan Pelakon Ghostbusters 2020

Pelakon Asal Dan Aykroyd & Ernie Hudson Secara Rasmi Sertai Barisan Pelakon Ghostbusters 2020

Dua pelakon asal Ghostbuster, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson disahkan akan kembali membawakan watak masing-masing iaitu Ray dan Winston dalam filem terbaru Ghostbuster 2020. 

Akyroyd  mendedahkan penglibatannya dalam filem terbaru itu semasa ditemubual dalam rancangan Joe Rogan Experience, manakala Hudson merakamkan mesejnya kepada peminat bahawa dia kini sedang menjalani penggambaran.

Ghostbusters 2020 dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Pelakon asal siri ini iaitu Sigourney Weaver, Annie Potts serta beberapa pelakon lain turut disahkan akan kembali membawakan peranan mereka dalam filem terbaru ini

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, mengantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang mengarahkan dua filem awal. Ivan Reitman akan bertindak selaku penerbit. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

BACA:  Keputusan Anugerah Skrin 2016

Filem terbaru Ghostbuster ini dijangka akan menemui penonton pada 10 Julai tahun hadapan.

Loading...