Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon A Wrinkle in Time, Storm Reid Bintangi Filem The Suicide Squad

Laman The Hollywood Reporter memberikan perkembangan terkini filem The Suicide Squad arahan James Gunn apabila melaporkan bintang filem A Wrinkle in Time, Storm Reid akan menyertai barisan pelakon filem terbaru DC itu.

Ried dilaporkan akan memainkan peranan sebagai anak kepada karakter Idris Elba. Setakat ini, watak yang dibawa Idris Elba tidak diketahui, tetapi berdasarkan perkembangan terbaru ini, watak Elba akan mempunyai keluarga.

Filem kali ini akan menyaksikan hanya beberapa pelakon kembali membawakan watak masing-masing iaitu Margot Robbie (Harley Quinn), Joel Kinnaman (Rigg Flag), Jai Courtney (Captain Boomerang) dan Viola Davis (Amanda Waller).

Antara pelakon lain yang turut menyertai barisan pelakon adalah David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior Ratcatcher dan bintang WWE, John Cena.

The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment