Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon “Harry Potter” Robbie Coltrane Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun


Pelakon veteran Robbie Coltrane telah meninggal dunia pada usia 72 tahun. Pekara tersebut didedahkan agensinya, WME.

Ejen Coltrane selama 40 tahun, Belinda Wright, mengeluarkan kenyataan, dan menganggap pelakon itu sebagai “bakat yang unik” serta berkata, “bagi saya secara peribadi, saya akan mengingatinya sebagai pelanggan yang setia dan juga seorang pelakon yang hebat. Dia sangat bijak,  pandai, dan selepas 40 tahun berbangga dipanggil sebagai Ejennya, saya akan merinduinya

Peranan Coltrane yang paling terkenal ialah sebagai penjaga permainan separuh gergasi Hogwarts, Rubeus Hagrid dalam siri filem Harry Potter. Coltrane juga terkenal dengan peranannya sebagai Valentin Zukovsky dalam dua filem James Bond — GoldenEye dan The World Is Not Enough.

Mendiang juga menerima tiga anugerah BAFTA untuk peranannya sebagai Dr. Edward “Fitz” Fitzgerald dalam siri Crackers.

Sementara itu, pelakon-pelakon dan krew yang terlibat dalam siri filem Harry Potter turut memberikan penghormatan keatas pemergiannya. 



Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

Warner Bros. Mahu Buat Filem Dua Bahagian “Harry Potter and the Cursed Child”

Kakimuvee

Bos Warner Bros. Goda Lebih Banyak Filem Lord Of The Ring & Harry Potter

Kakimuvee

Francais “Fantastic Beasts” Mungkin Akan Berakhir Susulan Kegagalan Filem Ketiga

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ‘Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts’ Telah Didedahkan

Kakimuvee