Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelabur Disney Mahu Filem Besar Seperti Black Widow Ditayangkan Terus Di Disney+

Bulan lalu, Black Widow merupakan antara filem berprofil tinggi yang ditunda ke tahun hadapan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih memberi kesan kepada rangkaian pawagam diseluruh dunia. 

Banyak pihak berpendapat bahawa Disney telah membuat keputusan yang tepat untuk menangguhkan tayangan filem-filem besar mereka, tetapi terdapat pihak lain yang tidak setuju dengan keputusan Disney itu. 

Ketika bercakap kepada Variety baru-baru ini, pelabur Disney Dan Loeb berpendapat bahawa, pihak Disney seharusnya melupakan tayangan di pawagam sepertimana yang dirancang, sebaliknya memindahkan tayangan ke platform streaming sebagai ganti. 

Loeb percaya, filem seperti Black Widow seharusnya ditayangkan segara di Disney+ agar dapat bersaing dengan laman streaming yang lain seperti Netflix. Sekiranya Disney mempertimbangkan langkah ini, ia pasti akan menarik lebih ramai pelanggan dan menjana banyak keuntungan, terutamanya jika mereka menggunakan strategi Akses Premium sepertimana yang mereka lakukan pada tayangan filem Mulan. 

My understanding is that the old-line executives don’t want to go over the top with their big tentpole movies, which is why they announced they were pushing ‘Black Widow” and other movies to 2021. I don’t think they appreciate the tiger they have by the tail, which is to say the value they can drive by moving into a subscription model, which has been adopted by everyone from Microsoft to Amazon. It’s so value accretive.”

“What Netflix has is this immense subscriber base that allows it to invest in an enormous amount of content and amortize that to get more subscribers. Disney isn’t there yet, but they need to get there as quickly as possible. If they don’t get critical mass in their subscriber base, they will be permanently disadvantaged versus Netflix.”

Bagaimanapun, strategi memindahkan tayangan ke platform streaming akan memberi kesan pada rangkaian pawagam, dan menyebabkan mereka rasa dikhianati oleh pihak studio, lebih-lebih lagi ketika mereka kini sedang bergelut dengan kesan pandemik COVID-19. 

Diarahkan oleh Cate Shortland dan ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson, filem terbaru MCU ini menyaksikan Scarlett Johansson meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz. Black Widow akan ditetapkan selepas peristiwa Captain America: Civil War.

Black Widow akan menemui penonton pada 7 Mei 2021.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

1 comment

ExCrewPawagam October 22, 2020 at 12:05 pm

filem2 berprofil tinggi or filem yg ditunggu mcm ni lebih baik ditayangkan di pawagam.. lebih terdedah kpd cetak rompak jika distrim di internet… saya rela tunggu lebih lama hingga covid 19 reda dan menontonnya di wayang

Reply

Leave a Comment

Add your own review

Rating