Aktor filem Kingsman: The Golden Circle, Pedro Pascal disahkan akan membintangi sekuel terbaru filem superheroin DC, Wonder Woman 2. Ini merupakan pelakon kedua yang mengesahkan bintangi filem Wonder Woman selepas Kristen Wiig yang bakal membawakan watak Cheetah dalam sekuel berkenaan.
Setakat ini, tiada berita mengenai karakter yang bakal dibawa oleh Pedro Pascal dalam filem itu nanti.
Pembangunan filem kedua Wonder Woman tu sedang berjalan dimana Patty Jenkins akan kembali mengarahkan filem ini. Pengarah wanita itu juga kini sedang merangka skrip bersama-sama Dave Callaham dan Geoff Johns. Aktres Gal Gadot akan kembali membawakan watak Wonder Woman bersama-sama pelakon baru, Kristen Wiig.
Filem kedua ini akan berlatarbelakangkan tahun 80an iaitu pada zaman perang dingin. Wonder Woman 2 akan ditayangkan pada 1 November 2019