Filem seram terbaru arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 telah mencipta rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.05 juta pada tayangan ‘sneak preview’ semalam. Ini meletakan Munafik 2 ditangga teratas senarai kutipan tertinggi tayangan sneak preview mengatasi filem Hantu Kak Limah yang meraih RM650 ribu.
Kutipan awal ini memberi petanda positif bahawa filem Munafik 2 bakal memecah rekod kutipan filem pertama dan dalam masa yang sama mencabar kedudukan Hantu Kak Limah yang kini menduduki senarai teratas kutipan filem tempatan sepanjang zaman,
Munafik 2 yang memulakan tayangan rasmi pada hari ini telah menjadi bualan hangat di penonton di media sosial yang berpeluang menyaksikan filem ini semalam. Rata-ratanya memuji karya terbaru Syamsul Yusof ini sebagai karya terbaik
Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi dan Mawi, ia mengisahkan tentang Ustaz Adam yang menghalang penyebaran ajaran sesat oleh Abujar di sebuah kampung terpencil dan dalam masa yang sama perlu menyelamatkan Sakinah dari terus menjadi mangsa gangguan makhluk halus yang berpunca dari Abujar.
Munafik 2 kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.