
Belum pun muncul di layar perak, karakter The Suicide Squad, Peacemaker sudah mendapat siri televisyen solonya sendiri.
Menurut laporan Comingsoon.net, HBO Max bakal menghasilkan siri aksi komedi Peacemaker, yang mana ia akan meneroka asal-usul watak Peacemaker, pakar senjata dari filem yang dinantikan peminat, The Suicide Squad.
Siri lapan episod itu menyaksikan John Cena kembali meneruskan peranannya dalam filem The Suicide Squad, dengan pengarah/penulis James Gunn akan menulis lakonlayar siri tersebut serta mengarahkan beberapa episod termasuklah episod pertama.
Gunn dan penerbit The Suicide Squad, Peter Safran akan bertindak sebagai penerbit eksekutif, manakala Cena sebagai penerbit bersama. Berdasarkan karakter dari komik DC, Peacemaker akan diterbitkan oleh Troll Court Entertaiment dan The Safran Company dengan kerjsama Warner Bros. Televisyen. Penggambaran dijadualkan bermula pada awal 2021.
Walaupun perincian mengenai Peacemaker masih belum didedahkan, siri ini akan meneroka asal-usul watak yang akan dimainkan oleh Cena dalam filem yang akan datang, seorang lelaki yang mempercayai kedamaian dengan apa jua kos – tanpa mengira berapa banyak orang yang harus dia bunuh untuk mendapatkannya. Peacemaker akan meluaskan dunia yang diciptakan Gunn untuk filem The Suicide Squad, yang dijadualkan tayangannya pada 6 Ogos 2021.
Anda boleh saksikan lakaran promo Peacemaker dibawah;