Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pawagam Seluruh Negara Akan Ditutup Sehingga Hujung April

Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) telah membuat keputusan untuk menutup kesemua pawagam seluruh negara sehingga hujung bulan ini. Keputusan dibuat bagi memastikan kesihatan, kebajikan pelanggan, pekerja serta masyarakat dapat dititik beratkan terlebih dahulu berikutan penularan wabak Covid-19 walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka tamat pada 14 April ini.

MAFE menerusi satu kenyataan berkata, ia bukanlah tempoh yang senang buat pemamer filem, tapi ia adalah masa untuk mereka bersatu lebih dari sebelum ini.


Menurutnya, walaupun ingin membuka pawagam secepat mungkin sekiranya dibenarkan, mereka perlu mengutamakan keselamatan negara untuk jangkamasa panjang serta kesihatan pelanggan dan pekerja pawagam.

“Keputusan ini menyaksikan tiada sebarang filem baharu membabitkan filem tempatan dan antarabangsa yang dijadualkan untuk tayangan antara April sehingga Jun tahun ini akan ditayangkan,” katanya.

MAFE turut memaklumkan ahli-ahlinya yang sudah mengesahkan persetujuan untuk melanjutkan tempoh penutupan adalah Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Berjaya -GSC Sdn Bhd, TGV Cinemas Sdn Bhd, MM2 Screen Management Sdn Bhd (mmCineplexes) dan Lotus Five Star Cinemas (M) Sdn Bhd.

Difahamkan beberapa pemamer lain yang mengambil langkah sama adalah Amerin, CineHouse, Mega Cineplex dan Megalong.

Bagaimanapun, MBO Cinemas belum membuat sebarang keputusan berkenaan lanjutan tempoh penutupan ini. Terdahulu semua pawagam di Malaysia ditutup sementara bagi mematuhi PKP yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu.

Beberapa pemamer di negara Asean lain seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Singapura turut mengambil langkah yang sama bagi membendung orang ramai  berkumpul dan mengutamakan keselamatan pelanggan dan rakyat.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment