Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pawagam Rugi RM2 Juta Sehari

Pandemik COVID-19 yang melanda global telah menyaksikan banyak pawagam diluar negara terpaksa ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian. 

Pawagam tempatan tidak terlepas dari menjadi mangsa ekonomi akibat pandemik. Walaupun dibenarkan beroperasi selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakkan pada 1 Julai yang lalu, industri pawagam dilihat seperti tidak mampu untuk bertahan. 

Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengurusi Finas, Datuk Norman Abdul Halim, pawagam telah mengalami kerugian RM 2 juta sehari dan jika ianya berterusan sehingga jun 2021, berkemungkinan besar banyak pawagam akan terpaksa ditutup. 

Anggaran kerugian dialami industri hiburan melebihi RM100 juta. Di pawagam saja, rugi sekitar RM2 juta sehari dan terkini, kita dengar ada pawagam yang perlu ditutup.” – ujar Norman ketika diwawancara Harian Metro.

Menurut Norman lagi, faktor orang ramai tidak ke pawagam dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka, menjadi punca kerugian industri pawagam. 

Antara punca orang tidak ke panggung wayang ialah Covid-19 dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka. Kita faham kerana jika ditayangkan sekarang, ia mungkin tidak mendatangkan pulangan yang optimum.

Sehubungan dengan itu, FINAS kini sedang mencari jalan dan memikirkan pelbagai pilihan berkesan untuk bantu pawagam bertahan dalam situasi pandemik yang masih belum reda ini

Sumber: Harian Metro

 

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

1 comment

ExCrewPawagam Oktober 22, 2020 at 11:46 am

susah nak survive sekarang ni.. bekas tempat kerja gw dulu, bila covid start reda, jual popcorn je mula2…
haish filem pun bnyk yg postpone

Reply

Leave a Comment