Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pawagam Dibenarkan Beroperasi 1 Julai Ini.

Selepas hampir tiga bulan ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, akhir sektor pawagam dibenarkan kembali menjalankan operasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Aktiviti lain yang turut dibenarkan kembali beroperasi adalah teater dan acara secara langsung.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, SOP mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan dengan kapasiti masih kekal 250 orang dengan pemeriksaan suhu badan.

Sementara itu, dua pemilik rangkaian pawagam di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas aku dengan SOP dikenakan kerajaan apabila beroperasi kelak. Malah mereka juga turut  menyambut baik dan lega kelulusan yang diberikan pihak kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas (GSC), Koh Mei Lee berkata, keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada syarikat.

“Kami masih menanti SOP rasmi supaya dapat membuat persediaan sebelum pawagam dibuka.

“Pastinya kami sangat teruja dan tidak sabar menyambut kedatangan pelanggan untuk menikmati pengalaman menonton wayang melalui paparan skrin besar.

“Kami percaya, selepas tiga bulan menonton filem melalui penstriman, kaki wayang tentunya sudah tidak sabar ‘menghadiahkan’ diri mereka dengan keasyikan menonton filem kegemaran di mana nikmatnya hanya boleh diperoleh di pawagam,” – ujarnya kepada BH Online

Ketua Pegawai Eksekutif, TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai pula berkata, pihaknya akur dengan jumlah 250 penonton ditetapkan kerajaan biarpun kapasiti premis antara 100 hingga 300 orang.

“Kami perlu patuh peraturan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung. Biarpun terpaksa menanggung sedikit kerugian tetapi keselamatan penonton tidak boleh diabaikan.

“TGV Cinemas masih menantikan SOP rasmi. Bagaimanapun, kami sudah pun menyenaraikan beberapa panduan yang akan dilaksanakan.

“Antaranya meletakkan losyen sanitasi di seluruh pawagam, membuat pemeriksaan suhu badan di tempat tiket masuk, mengamalkan penjarakan sosial di tempat belian tiket dan makanan termasuk tandas.

“Kami juga menyusun tempat duduk yang unik di mana kami akan menjarakkan tempat duduk penonton,” katanya sambil menambah rutin pembersihan lebih kerap di bahagian premis yang sering disentuh pelanggan akan dilakukan.

Yeoh berkata, pekerja juga dikehendaki membuat pemeriksaan suhu dua kali sehari dan sentiasa memakai alat sanitasi dan pelitup muka.

Related posts

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

ZOMBITOPIA PREMIERES TODAY, EXCLUSIVELY ON DISNEY+ HOTSTAR

Kakimuvee

Leave a Comment