Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pawagam Bersedia Untuk Beroperasi Kembali, Letak Syarat Pengunjung Perlu Lengkap Vaksinasi

Nampaknya pengusaha pawagam sudah bersedia untuk kembali beroperasi.

Ketika bercakap kepada Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, mereka sudah bersedia untuk beroperasi dan akan memastikan pengunjung serta kakitangan pawagam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan pawagam. 

Pengusaha panggung wayang juga meletakkan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.

Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi. Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.”

“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.

Jika dilihat pada situasi semasa, dimana banyak sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi, sudah tiba masanya untuk kerajaan membenarkan pembukaan pawagam. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada ribuan kakitangan dalam industri tersebut, tetapi memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, untuk bersantai sambil menonton filem-filem terbaru di pawagam. 

Tambahan pula, sehinggakini masih lagi tiada kluster pawagam, dan dengan SOP yang ketat dan hanya membenarkan pengunjung yang lengkap vaksinasi, diyakini pawagam akan menjadi tempat untuk dikunjungi. 

Kepada penggemar filem, adakah anda mahu pawagam dibuka kembali? 

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment