Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pawagam Akan Kembali Beroperasi Pada 9 September Ini

Berita baik kepada kaki-kaki wayang seluruh negara!

Putrajaya hari ini telah melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Satu bagi industri kreatif, termasuklah membenarkan aktiviti panggung wayang, kepada individu yang lengkap vaksinasi bermula 9 September ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti panggung wayang dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam. 

Ismail berkata Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 berharap kelonggaran tersebut dapat memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

“Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

“Semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa Satu PPN,” katanya.

Sementara itu, beberapa akaun media sosial rasmi pawagam tempatan telah kongsikan berita gembira ini kepada pengikut mereka.

Turut dibenarkan kembali beroperasi adalah aktiviti penyiaran siaran kandungan kreatif, penggambaran, “indoor busking”, aktiviti panggung wayang, persembahan ruang “lounge” hotel, teater, muzikal dan komedi serta pameran seni.

Related posts

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

Leave a Comment