Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paul Rudd Sertai Barisan Pelakon Ghostbusters 2020

Bintang filem Ant-Man, Paul Rudd dilaporkan akan membintangi filem terbaru Ghostbuster 2020 yang juga merupakan sekuel kepada Ghostbusters 2 yang diterbitkan pada tahun 1989. Berita tersebut diumumkan studio Sony Pictures menerusi laman Twitter rasmi Ghosbusters.

Anda boleh tonton gimik pengumuman tersebut dibawah.

Paul Rudd dilaporkan akan memainkan peranan sebagai cikgu dalam filem tersebut. Sementara itu, pengarah Jason Reitman teruja apabila Rudd bersetuju untuk membintangi filem arahannya ini.

“I’ve been wanting to work with Paul Rudd since my short film opened for Wet Hot American Summer at Sundance. I’m thrilled he’ll be joining this new chapter in the original Ghostbusters universe.” 

Rudd akan menyertai barisan pelakon Ghostbusters 2020 yang terdiri daripada Mckenna Grace, Carrie Coon, dan Finn Wolfhard. Pelakon asal siri ini iaitu Sigourney Weaver, Annie Potts serta beberapa pelakon asal yang turut disahkan akan kembali membawakan peranan mereka dalam filem terbaru ini

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya tertumpu kepada ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu manakala Mckenna Grace dan Finn Wolfhard akan menjadi anak kepada Coon.

Ghostbusters 2020 dijangka akan menemui penonton pada 10 Julai 2020

Related posts

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating