Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paul Rudd Mahu Peminat Berkempen Agar Ant-Man 3 Dihasilkan

Walaupun filem Ant-Man serta sekuelnya, Ant-Man and The Wasp dianggap sukses, perancangan filem ketiga adiwira itu oleh Marvel Studios agar samar-samar.

Dikala beberapa filem solo Marvel seperti Doctor Strange, dan Black Panther berserta filem Guardians of the Galaxy telahpun menerima sekuel masing-masing, perancangan filem ketiga Ant-Man masih lagi tidak diketahui.

Bagi memastikan filem ketiga Ant-Man berada dalam radar Marvel Studios, bintang utamanya, Paul Rudd mengesa peminat agar memulakan petisyen untuk ‘mendesak’ Marvel Studios menghasilkan filem Ant-Man 3.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan filem tersebut oleh laman web Yahoo! baru-baru ini.

“I don’t know,” “You need to make a call to the top brass and start a campaign to make it happen.”

Pelakon tersebut telah membuat 4 kemunculan dalam Marvel Cinematic Universe menerusi filem Ant-Man, Captain America: Civil War, Ant-Man and the Wasp, dan juga Avengers: Endgame dimana karakternya telah memainkan peranan penting dalam membantu pasukan Avengers menggembara ke masa lampau.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan perancangan filem Ant-Man 3 dan Thor 4 ‘mendapat lampu hijau dari bos’ Marvel Studios, Kevin Feige, bagaimanapun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak studio.

Diharapkan filem ketiga Ant-Man dapat dihasilkan oleh Marvel Studios.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment