Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”


Bintang The Big Bang Theory Kunal Nayyar dan pelakon Paul Dano disahkan menyertai barisan pelakon filem terbaru Netflix Spaceman, lapor Deadline. Kedua-dua pelakon itu akan menyertai Adam Sandler dan Carey Mulligan. Buat masa ini, watak kedua-dua pelakon itu masih belum diketahui.

Spaceman berpusat pada angkasawan yang dihantar ke pinggir galaksi untuk mengumpulkan debu kuno misteri tetapi sebaliknya mendapati hidupnya di bumi hancur berkeping-keping dan mesti berpaling kepada satu suara untuk membantunya menyatukannya semula, yang kebetulan milik makhluk yang telah mengintai kapal angkasanya sejak dari mula. 

Pemenang anugerah Emmy Johan Renck (Chernobyl) akan mengarahkan filem terbaru ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Colby Day. Channing Tatum, Reid Carolin, Peter Kiernan dan Michael Parets menjadi penerbit, manakala Ben Ormand, Renck dan Barry Bernady menjadi penerbit eksekutif. 

Sandler dan Netflix telah menjalin perjanjian untuk hasilkan beberapa filem seperti Murder Mystery, Hubie Halloween dan terbaru, filem komedi sukan Hustle disamping Queen Latifah.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee