Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Paul Blart” Jadi Penjahat Dalam Filem Aksi Thriller berjudul Becky


Pelakon filem Paul Blart: Mall Cop, Kevin James dilaporkan membintangi filem aksi thriller berjudul Becky. Lebih menarik, watak yang dibawakannya berbeza dengan filem-filem sebelum dimana dia akan memain peranan sebagai antagonis dalam filem tersebut.

James sebelum dikenali menerusi watak-watak komedi, tetapi dalam filem Becky dia akan membawa watak Dominick, ketua kumpulan penjenayah.

Watak Dominic sepatutnya dilakonkan oleh Simon Pegg, tetapi pelakon tersebut terpaksa melepaskan wataknya itu disebabkan masalah jadual penggambaran.

Becky mengisahkan seorang remaja perempuan 14 tahun bernama Becky yang gemar memberontak. Selepas kematian ibunya, Becky dibawa bercuti oleh ayahnya sebagai usaha ayahnya itu untuk membina kembali hubungan anak dan ayah.

Bagaimanapun, percutian mereka menjadi menakutkan apabila sekumpulan penjenayah yang diketuai Dominick telah menceroboh rumah percutian mereka. Becky kemudiannya mengambil tindakan sendiri, menghalang penjenayah terbabit.


Bintang filem Annabelle: Creation, Lulu Wilson akan memainkan peranan Becky dalam filem ini. Becky diarahkan oleh Jonathan Milott dan Cary Murnion manakala skrip ditulis oleh Nick Morris, Ruckus Skye dan Lane Skye


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee