Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Patty Jenkins Dedahkan Peranan Pedro Pascal Dalam Filem Wonder Woman 1984


Sejak Pedro Pascal menyertai barisan pelakon filem Wonder Woman 1984, peminat mula berspekulasi tentang peranannya dalam filem kedua Wonder Woman itu.

Selepas beberapa lama, peminat tidak perlu lagi berspekulasi apabila pengarah Patty Jenkins memberi petunjuk tentang peranan sebenar Pascal dalam filem arahannya, iaitu sebagai supervillain Maxwell Lord. Jenkins membuat pendedahan tersebut menerusi laman Twitter miliknya.

Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman. Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, Kristoffer Polaha dan Chris Pine yang akan meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor.

Jenkins turut menerbitkan filem ini bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot.

Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee