Selepas filemnya dikritik oleh pengarah tersohor Hollywood, James Cameron, Pengarah filem Wonder Woman Patty Jenkins bertindak balas terhadap komen yang diberikan oleh pengarah filem Terminator, Titanic dan Avatar itu. Pengarah wanita berkenaan berkata, James Cameron tidak memahami apakah yang cuba disampaikan filem Wonder Woman kepada penonton.
“James Cameron’s inability to understand what Wonder Woman is, or stands for, to women all over the world is unsurprising as, though he is a great film maker he is not a woman.”
Dalam komen balasnya itu, Patty turut memberitahu filem Wonder Women menunjukkan yang pelakon wanita mampu melakukan semua benda sepertimana yang dilakukan oleh pelakon utama lelaki dalam setiap filem.
— Patty Jenkins (@PattyJenks) August 25, 2017
Sebelum ini, James Cameron telah mengkritik Wonder Woman dengan beranggapan karakter Diana dalam filem berkenaan adalah sekadar “objectified icon”. Malah status watak Diana atau Wonder Woman sebagai simbol kekuatan wanita turut dipersoalkan dan beranggapan ia satu langkah kebelakang.
Beliau juga turut membandingkan karakter Wonder Woman dan karakter Sarah Connor dalam kritikannya itu.
“Sarah Connor was not a beauty icon. She was strong, she was troubled, she was a terrible mother, and she earned the respect of the audience through pure grit.”