Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Patrick Wilson Bawa Watak Orm Dalam Filem Aquaman

patrick-wilson-orm

Dalam DC Cinematic Universe timeline ada mendedahkan bahawa salah satu Superhero DC mendapat filemnya sendiri dan akan ditayangkan pada 27 Julai 2018. Filem yang dimaksudkan ialah Aquaman, superhero yang menguasai lautan dalam komikĀ DC.

Pengambaran filem ini akan dimulakan tidak lama lagi sejurus selesainya pengambaran filemĀ Justice LeagueĀ yang dijadualkan tayangnya pada 17 November tahun hadapan.

Superhero Aquaman membuat kemunculan pertamanya dalam DC Cinematic Universe apabila muncul dalam filem arahan Zack Snyder Batman V Superman sebagai watak Cameo.

Antara perkembangan terbaru filem ini ialah mereka telah mengesahkan beberapa watak penting dalam komik Aquaman akan membuat kemunculan dalam filem ini antaranya Mera (Lakonan Amber Heard) dan Vulko (dibintangi oleh Willem Dafoe).

Yang terbaru, pengarah filem James Wan, mengumumkan bintang filem The Conjuring dan Insidious,Ā Patrick Wilson akan diberi watak villian dalam filem arahannya. Patrick akan membawa watak Orm aka Ocean Master.

Kerjasama antara James Wan dan Patrcik Wilson memang tidak dapat disangkal lagi mereka berdua telah lama terlibat dalam penghasilan filemĀ The ConjuringĀ danĀ Insidious.Ā Malah Patrick juga menyumbang suara dalam filem Zack Snyder, Batman V Superman sebagai suara Presiden America yang mengarahkan serangan Nuklear terhadap Superman dan Doomsday.

oceanmaster-and-aquaman

Orm dan Aquaman merupakan adik beradik tiri, dan dalam filem Aquaman ini dijangka kita akan menyaksikan dunia Atlantis akan berkonfrontasi dengan dunia luar, dan Aquaman akan memainkan peranan dalam menghalang tindakan adiknya untuk berperang dengan manusia dipermukaan.

Bagi Patrick, impiannya untuk menjadi supervillian dalam filem berdasarkan komik hampir menjadi kenyataan. Sebelum ini, beliau hampir menjadi supervillian dalam filemĀ Ant-ManĀ tetapi terpaksa membatalkan hasratnya kerana masalah komitmen.

Ini bukan pertama kali pelakon filem seram ini berlakon menjadi penjahat, dia pernah melakonkan watak antagonis dalam beberapa filem antaranya The A-Team.

Aquaman akan ditayangkan padaĀ 27 Julai 2018

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment