Selepas Hantu Kak Limah dan Munafik 2 berjaya meraih RM 30 juta, kini filem aksi tempatan Paskal The Movie turut menjejak langkah kedua-dua filem diatas apabila kutipan terkini filem tersebut mencecah RM30 juta.
Lebih menarik, filem arahan Andrian Teh itu masih ditayangkan di 69 pawagam seluruh negara.
Diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.
Paskal The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.