Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park So Dam, Honey Lee, Kim Dong Hee, Sol Kyung Gu Bintangi Filem Aksi Pengintipan “Ghost”


Filem akan datang Ghost telah umumkan barisan pelakonnya secara rasmi.

Diarahkan pengarah Believer, Lee Hae Young, Ghost merupakan filem aksi-pengintipan yang ditetapkan pada tahun 1933, sewaktu pendudukan Jepun di wilayah Korea. 

Ia akan mengisahkan lima suspek yang disyaki sebagai ‘Ghost’, perisik kepada penentang anti-Jepun. Terperangkap di dalam sebuah hotel terpencil untuk disoal siasat, kelima-lima watak itu mesti menggunakan akal mereka untuk melarikan diri, dan dalam masa yang sama, mencurigai antara satu sama lain

Sol Kyung Gu akan memainkan peranan Murayama Jyunji, pegawai polis Jepun dan bekas tentera yang pernah menjadi anggota agensi perisikan Jepun. Park So Dam memainkan peranan sebagai Yuriko, setiauasaha pegawai tertinggi dalam pemerintahan kolonial Jepun Korea walaupun dia merupakan orang Korea.

Honey Lee akan memainkan peranan sebagai Park Cha Kyung, seorang pekerja komunikasi yang merekodkan mesej berkod, sementara Kim Dong Hee akan memainkan peranan sebagai rakan sekerja Park Cha Kyung yang lebih muda, Baek Ho.


Seo Hyun Woo sebagai Chun Kye Jang, seorang kriptografer pemalu tetapi sangat berbakat dalam penyahsulitan, dan Park Hae Soo akan memainkan peranan utama sebagai Kaito, ejen keselamatan yang mengetuai siasatan mengenai “Ghost”, pengintip yang menyusup masuk dalam pemerintahan kolonial.

Penggambaran Ghost akan bermula pada minggu ini


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee