Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Shin Hye Menjadi Pahlawan Berani Dalam Gambar Terbaru “Sisyphus: The Myth”

Gambar pertama Park Shin Hye telah dilancarkan untuk drama khas ulang tahun ke-10 JTBC, Sisyphus: The Myth. Anda boleh saksikannya dibawah. 

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya.

Drama terbaru ini diarahkan oleh Jin Hyuk, yang sebelum ini terlibat dalam pembikinan The Legend of the Blue Sea, Doctor Strange, Master’s Sun dan banyak lagi. Skrip ditulis oleh Lee Jae In dan Jeon Chan Ho.

Park Shin Hye akan menganggumkan penoton dengan adegan aksi yang berkualiti sebagai pahlawan berani Kang Seo Hae. Kang Seo Hae adalah watak yang sangat mahir dalam menggunakan tali untuk melompat di antara bangunan tinggi di Seoul, menangkap lelaki besar dengan tangan kosong, dan mempunyai ketepatan tinggi ketika menembak. Namun, dia juga boleh menjadi pelik seperti memakan pisang dengan kulitnya dan mengatakan udara yang segar ketika debu berada ditahap paling buruk.

Pada gambar pertama, Kang Seo Hae memegang senapang dan menumpukan perhatian pada sasarannya, menunjukkan karisma yang kuat dengan pandangan yang fokus.

Sisyphus: The Myth akan memulakan tayangannya pada Februari ini sebaik sahaja drama Run On selesai tayangannya. Anda boleh menonton teaser disini.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

“The Veil” Umum Spin-Off 2 Episod Yang Memberi Fokus Pada Watak Park Ha Sun

Zulaikha

Leave a Comment