Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Park Shin Hye Dan Yoo Ah In Akan Bergandingan Dalam Filem Terbaru


Aktor Park Shin Hye dan Yoo Ah In akan bergandingan dalam filem terbaru yang bertajuk #Alone (Working title).

Filem terbaru ini akan mengisahkan keadaan huru-hara yang berlaku pada sebuah bandar disebabkan penyebaran penyakit yang tidak diketahui dan mereka yang terselamat telah diasingkan serta tidak boleh keluar dari bandar tersebut.

Yoo Ah In akan memainkan peranan sebagai Joon Woo, seorang pemain permainan video yang terselamat dan terputus hubungan dengan dunia luar, manakala Park Shin Hye akan membawa watak Yoo Bin, salah seorang wanita muda yang terselamat dan bijak mencipta teknik untuk terus hidup bagi mengharungi keadaan-keadaan sukar.

Filem arahan Jo II Hyung ini berdasarkan senario yang ditulis oleh penulis Hollywood, Matt Taylor, yang bekerja untuk dokumentari “Small Business Revolution: Main Street.” Filem ‘survival’ ini dijangka akan memulakan penggambarannya pada tahun ini.

Sumber: Soompi / Allkpop



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee