Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Park Seo Joon Sah Bintangi Filem Terbaru Marvel

Pelakon Korea Selatan, Park Seo Joon akhirnya disahkan menyertai Marvel Cinematic Universe!

Selepas dikaitkan dengan filem The Marvels, agensi Park Seo Joon akhirnya mengesahkan penglibatan pelakon itu dalam filem terbaru Marvel Studios. Sebelum ini, agensinya enggan memberi komen mengenai laporan penglibatan Park Seo Joon dalam filem berkenaan. 

Pada 3 Ogos yang lalu, Awesome ENT mengumumkan bahawa Park Seo Joon telah keluar negara untuk terlibat dalam penggambaran filem Marvel, tetapi mereka enggan mendedahkan butiran lanjut atau mengesahkan filem Marvel yang manakah yang akan dibintangi pelakon itu. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada ramai peminat yang telah menunjukkan minat dan sokongan untuk Park Seo Joon ketika dia menghadapi cabaran baru ini,” kata agensi itu. “Kami sangat menyedari bahawa banyak peminat ingin tahu tentang nama filem yang dibintanginya, wataknya, lokasi penggambaran, dan jadual penggambarannya, tetapi kami merancang untuk mengungkapkan perincian filem itu di kemudian hari. “

Bintang Itaewon Class itu merupakan pelakon Korea ketiga yang membintangi filem Marvel selepas Claudia Kim yang muncul dalam filem Avengers: Age of Ultron dan Ma Dong Seok dalam filem akan datang, Eternals. 

The Marvels akan diarahkan oleh Nia DaCosta berdasarkan skrip yang ditulis oleh Anna Boden dan Ryan Fleck. Brie Larson kembali meneruskan peranannya sebagai Carol Danvers / Captain Marvel dan dia akan disertai Monica Rambeau, Iman Vellani dan pelakon Inggeris Zawe Ashton yang akan memainkan peranan antagonis utama. 

The Marvels dijadualkan tayangan pada 11 November 2022.

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment