Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Seo Joon & Kim Da Mi Dalam Poster Terbaru “Itaewon Class”


JTBC telah mendedahkan poster drama terbaru mereka berjudul Itaewon Class yang memberi ‘hint’ tentang konflik diantara Park Sae-Ro-Yi (Park Seo Joon) dan pesaingnya, Jang Dae-Hee ( Yoo Jae Myung). Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah.

Berdasarkan webtoon popular, Itaewon Class berkisarkan tentang Park Sae-Ro-Yi yang bertungkus-lumus mengusahakan restoran makanan milik ayahnya di Itaewon dalam usaha memusnahkan syarikat pemakanan terbesar Jang Ga, dan membalas dendam terhadap pemiliknya iaitu CEO Jang Dae-Hee dan anaknya, Jang Geun-Won.

Park Seo Joon memainkan peranan sebagai Park Sae Roy, pemilik Dan Bam dan Kim Da Mi sebagai Jo Yi Seo, seorang bintang media sosial yang digambarkan sebagai ‘sociopath tetapi memilik IQ yang tinggi’ dan menjadi pengurus restoran Dan Bam.

Yoo Jae Myung memainkan watak sebagai Jang Dae Hee, presiden syarikat pemakanan terbesar yang dikenali sebagai Jang Ga, dan berdendam terhadap Park Sae Roy. Kwn Nara membawa watak Oh Soo Ah, kekasih pertama Park Sae Roy yang menyebelahi Jang Ga.

Itaewon Class akan memulakan siarannya di JTBC pada 31 Januari ini.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee