Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Seo Joon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Drama Record Of Youth

Bintang Itaewon ClassPark Seo Joon akan membuat penampilan isitimewa dalam drama tvN Record of Youth. 

Agensi Park Seo Joon, Awesome ENT telah kongsikan berita tersebut kepada peminat pada 16 September dan mendedahkan bahawa aktor itu telahpun selesai menjalani penggambaran untuk peranannya. 


Menurut sumber, Park Seo Joon bersetuju untuk tampil dalam drama Record of Youth disebabkan hubungannya dengan Park Bo Gum dan penulis Ha Myung Hee. Park Bo Gum sebelum ini pernah membuat penampilan istimewa dalam drama JTBC Itaewon Class dan Park Seo Joon pernah muncul dalam drama yang ditulis Ha Myung Hee, A Word From Warm Heart. 

Episod Record of Youth seterusnya akan keudara pada 21 September ini.

Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.

Diarahkan An Gil-ho dari lakonlayar yang ditulis Ha Myeong-hee, Record of Youth boleh ditonton di laman penstriman Netflix. 

Related posts

THE ZONE: Survival Mission, Rancangan Varieti Korea Baharu Akan Tiba Pada Disney+ Hotstar Day

Zulaikha

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Leave a Comment