Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Hye Soo Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Pertamanya Dalam Tempoh 3 Tahun

Pelakon Park Hye Soo kini sedang dalam rundingan untuk memainkan peranan utama dalam drama terbaru berjudul Red Cuff of the Sleeve, lapor Soompi.

Red Cuff of the Sleeve akan berkisar tentang ibu kepada Putera Moon Hyo Ja, yang bermula sebagai wanita istana sebelum menjadi ratu, Ia akan memaparkan kehidupan dramatik seorang wanita biasa yang menjadi ibu kepada seorang putera,


Park Hye Soo ditawarkan untuk menjadi Seong Deok Im, wanita istana yang menjadi ratu. Masa kecilnya tidak mempunyai sebarang masalah, sehingga suatu hari, keluarganya menderita disebabkan krisis, dan dia menempuh pelbagai halangan untuk masa depannya.

Menurut agensi Huayi Brothers, Park Hye Soo telah menerima tawaran berlakon dan sedang menelitinya.

Sekiranya pelakon tersebut menerima tawaran, ini merupakan drama televisyen pertamanya dalam tempoh tiga tahun. Kali terakhir dia muncul dalam drama TV menerusi drama Saimdang, Memoir of Colors yang diterbitkan pada 2017.

Red Cuff of the Sleeve ditulis oleh Jung Hae Ri yang menulis lakonlayar The Emperor: Owner of the Mask dan diarahkan pengarah Radiant Office, Jung Ji.

Drama terbaru ini akan disiarkan pada tahun hadapan.

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment