Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Gyu Young Sebagai Detektif Dalam Gambar Terbaru “The Devil Judge”

Drama tvN yang akan datang The Devil Judge telah kongsikan gambar pertama Park Gyu Young sebagai Yoon Soo Hyun.

The Devil Judge adalah drama dystopian versi Korea, di seluruh negara akan terlibat dalam perbicaraan yang disiarkan secara langsung sebagai rancangan realiti. Ji Sung akan memainkan peranan sebagai Kang Yo Han, Ketua Hakim yang mempunyai niat misteri. 

Park Gyu Young memainkan watak Yoon Soo Hyun, seorang detektif polis di unit penyiasatan yang sedang membongkar rahsia Kang Yo Han. Dia mempunyai keperibadian yang baik dan sangat bencikan ketidakadilan. Dia mementingkan peraturan dan percaya bahawa membalas dendam dengan cara yang salah terhadap penjahat adalah satu bentuk kejahatan yang lain. 

Anggota GOT7, Jinyoung memainkan watak Kim Ga On, rakan Yoon Soo Hyun sejak dari kecil.

Gambar-gambar dibawah menggambarkan siri lembut dan keras Yoo Soo Hyun. Ketika Yoon Soo Hyun bertugas sebagai detektif, matanya menjadi tajam dan terpancar aura karismatik sambik memegang pistol. Namun, apabila bersama Kim Ga On, perwatakannya berubah, menjadi lebih tenang dan ada rasa kegembiraan.

The Devil Judge akan memulakan tayangnya pada 3 Julai ini. Tonton teaser dibawah. 

Sumber: Soompi

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment