
Aktres Park Eun Bin mungkin bintangi filem sekuel The Witch: Part 1. The Subversion.
Menurut laporan Soompi, agensi Park Eun Bin, Namoo Actors, mengesahkan laporan media yang menyatakan pelakon itu akan membintangi The Witch 2 (tajuk kerja).
Menurut mereka, ” Park Eun Bin telah menerima tawaran untuk membintangi filem itu, dan dia sedang menelitinya”
Sebelum ini, aktor Lee Jong Suk dilaporkan sedang dalam rundingan untuk muncul sebagai cameo dalam filem akan datang.
The Witch: Part 1. The Subversion (2018) adalah filem aksi misteri berpusat pada watak Ja Yoon (Kim Da Mi). Ketika dia masih muda, Ja-yoon melarikan diri dari kemudahan kerajaan, dan telah hilang ingatan. 10 tahun kemudian, ketika dia tampil dalam pertandingan di televisyen nasional untuk mendapatkan wang demi keluarganya, hidupnya berubah apabila berhadapan dengan kisah lampaunya.
Prestasi lakonan Park Eun Bin menerima pujian dari pelbagai pihak, termasuklah drama terbarunya Do You Like Brahms?