Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

tvN telah melancarkan poster utama drama terbaru Doom at Your Service.

“Doom at Your Service” adalah kisah cinta fantasi mengenai watak bernama Myul Mang (Seo In Guk), yang menyebabkan semua yang disentuhnya akan lenyap, dan seorang wanita bernama Tak Dong Kyung (Park Bo Young), yang mempertaruhkan hidupnya untuk mengelakkan nasibnya.

Poster utama yang baru dilancarkan itu menyerupai lukisan cat air menunjukkan Myul Mang dan Tak Dong Kyung saling berhadapan sambil berpegangan tangan. Pandangan mereka sangat mendalam dengan penuh kerinduan, dan kata-kata di antara mereka mengisyaratkan, “Mari berdoa untuk kehancuran. Cinta ada di sini. ” Tumbuhan yang baru tumbuh di samping Tak Dong Kyung melambangkan daya hidup, sementara tanaman di belakang Myul Mang memancarkan tenaga gelap. Kedua-dua watak itu mempunyai aura yang sama sekali berbeza, dan akan menarik untuk melihat bagaimana kisah percintaan mereka.

Doom at Your Service akan memulakan tayangannya di Korea pada 10 Mei ini.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Rating ‘Jirisan’ Meningkat, ‘Chimera’ Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Pergi Ke Bulan Pada Krismas Ini dengan THE SILENT SEA, Dibintangi Gong Yoo & Bae Doona

Kakimuvee

Leave a Comment