Slot Asia

Park Bo Gum Telah Memulakan Latihan Ketenteraan

Views

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan Park Bo Gum dilaporkan telah memulakan latihan ketenteraan tanpa mengadakan majlis atau membuat sebarang pengumuman secara umum pada Isnin (31 Ogos).

Pelakon tersebut merahsiakan latihan ketenteraannya bagi memastikan keselamatan orang ramai dan para peminat dari wabak COVID-19, di mana mereka dijangka akan berhimpun di lokasi markas ketenteraan bagi memberi sokongan kepada aktor tersebut.

Agensi Park Bo Gum iaitu Blossom Entertainment telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi bagi menjelaskan berita berkenaan dengan lebih lanjut.

"Kami tidak mahu mendedahkan lokasi dan masa pendaftaran Park Bo Gum, dan dia akan didaftarkan secara rahsia tanpa sebarang majlis diadakan. Kita semua berada dalam situasi di mana orang ramai perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mengambil berat akan kesihatan sesama sendiri, jadi kami minta supaya anda tidak datang melawat," tulis agensi tersebut.

Pelakon drama Love in the Moonlight itu didaftarkan di bawah unit tentera laut dan akan berkhidmat sehingga April 2022. Terdahulu, Park Bo Gum telah mendaftarkan dokumen rasmi latihan itu pada Jun lalu.

Sebelum ini, gambar Park Bo Gum memakai jaket hitam berserta topi dan pelitup muka ketika dia hadir mendaftarkan diri di Pusat Latihan dan Didikan Tentera Laut di Jinhae, Changwon, telah tular di Internet. Pelakon itu akan memulakan perkhidmatannya di pusat latihan tersebut selama beberapa minggu sebelum dikerahkan ke kem utama tentera laut bertempat di bandar Gyeryong.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks