Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Parent Trap, Honey I Shrunk The Kids Bakal Dihasilkan Semula


Disney merancang untuk menghasilkan semula dua filem bertemakan keluarga yang pernah popular di penghujung 80an dan 90an iaitu Honey I Shrunk The Kids dan The Parent Trap. Filem-filem tersebut bakal ditayangkan dilaman ‘streaming’ mereka yang bakal ditubuhkan oleh Disney tidak lama lagi.

Beberapa siri televisyen berdasarkan dari franchise popular mereka seperti Star Wars, Marvel dan The Muppets Show sedang dirancang oleh mereka bagi melengkapkan senarai siaran untuk laman streaming milik Disney itu.

Disney sebelum ini telah mengumumkan akan menghasilkan laman streaming mereka sendiri dan bakal menjadi pesaing kuat untuk laman streaming popular masakini iaitu Netflix. Justeru itu dijangkan banyak filem-filem milik Disney bakal dihasilkan semula atau dijadikan siri televisyen bagi memenuhi program siaran mereka.

Setakat ini, Disney tidak memberi sebarang komen mengenai berita yang dikeluarkan oleh laman web The Hollywood Reporter mengenai penghasilan semula filem Honey I Shrunk The Kids dan The Parent Trap itu.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee