Slot Asia

PARASITE Atasi THE PASSION OF THE CHRIST Untuk Kuasai Carta Kutipan Tertinggi Filem Antarabangsa Di Britain

Views

Parasite terus mencipta sejarah antarabangsa, kali ini memecahkan rekod 16 tahun yang dipegang filem arahan Mel Gibson, The Passion of the Christ untuk menjadi filem antarabangsa yang mendapat kutipan tertinggi di carta box office United Kingdom.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan CJ Entertainment, Parasite telah mengutip sekitar $14.23 juta dolar sehingga 6 Mac yang lalu, sekaligus mengatasi rekod kutipan The Passion of the Christ yang mengutip $14.03 juta dolar pada tahun 2004.

Parasite mula ditayangkan di Britain pada 7 Februari yang lalu, dan kejayaan filem dari Korea Selatan itu meraih anugerah Filem Terbaik di Academy Awards pada 9 Februari yang lalu, telah mendorong kepada kejayaan box office.

Parasite kini telah mengumpul $257 juta dolar seluruh dunia. Dari jumlah tersebut, sebanyak $50 juta dolar telah dikutip dipasaran Amerika Syarikat. Selain itu juga, filem arahan Bong Joon-ho ini turut mencipta rekod di Jepun, dia mana menjadi filem Korea paling sukses dengan kutipan sebanyak $39.6 juta dolar, mengatasi kutipan $29.4 juta dolar yang dicatatkan filem Korea Selatan, A Moment to Remember pada tahun 2005.

BACA:  Kim Soo Hyun Dan Seo Ye Ji Mempamerkan Keserasian Dalam Gambar Terbaru “It’s Okay To Not Be Okay”

Filem bertemakan komedi gelap thriller itu dibintangi pelakon seperti Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam.

Berputar di antara kesenjangan antara kelas sosial, Parasite membawa penonton melihat dengan lebih dekat isu-isu yang dihadapi oleh setiap kelas sosial dan bagaimana komuniti bangsa kelas rendah naik ke atas rantaian kelas sosial. Filem ini bermula dengan seorang remaja, Kim Ki-woo (lakonan Choi Woo-shik) yang mengambil ijazah universiti untuk mendapatkan pekerjaan sebagai tutor kepada anak perempuan Parks, Da Hae (lakonan Jung Ziso). Tidak lama selepas itu, Kims mencipta identiti baru yang rumit dan menyusup masuk ke rumah keluarga Parks.

Tinggalkan Balasan

shares