Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Umum Tarikh Pelancaran “Scream 6”

Paramount dan Spyglass segera mengumumkan perancangan filem keenam dalam siri Scream selepas kejayaan entri kelima, dan kini mereka mendedahkan tarikh tayangan filem tersebut.

Menurut Comingsoon, Paramount menetapkan tarikh tayangan Scream 6 iaitu pada 31 Mac 2023.


Baru-baru ini, bintang Scream Courteney Cox mendedahkan bahawa dia telah menerima skrip untuk filem seterusnya. Dijangkan, barisan pelakon akan diumumkan tidak lama lagi, dan peminat boleh menjangka, mereka yang terselamat dalam filem sebelum ini akan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Penggambaran akan bermula pada musim panas ini dan akan diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillet, yang sebelum ini mengarahkan filem kelima. 

“Kami amat berterima kasih kepada peminat di seluruh dunia yang menerima filem kami dengan penuh semangat. Kami tidak sabar untuk penonton melihat apa yang Radio Silence, penulis Jamie & Guy, dan Project X sediakan untuk keluarga Woodsboro kami,” kata Spyglass dan Paramount dalam satu kenyataan bersama.

Scream 5 yang ditayangkan tahun ini dibintangi veteran francais, Neve Campbell, Courteney Cox, David Arquette, dan Marley Shelton. Mereka disertai pendatang baharu francais Jack Quaid (The Boys), Melissa Barrera (Vida), Jenna Ortega (The Babysitter: Killer Queen), Mason Gooding (Booksmart), Dylan Minnette (13 Reasons Why), Kyle Gallner (Ghosts of War), Jasmin Savoy Brown (The Leftovers) dan Mikey Madison (Better Things).

Filem pertama, yang dikeluarkan pada tahun 1996, merupakan satu kejutan apabila penampilan sulungnya, membantu menghidupkan semula genre seram selama sedekad dan menjadi filem slasher dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman sehingga ia disingkirkan oleh ‘reboot’ Halloween tahun lepas.

Kejayaan filem pertama menghasilkan francais yang merangkumi tiga sekuel, bagaimanapun filem-filem seterusnya hanya mendapat kutipan box office yang sederhana dan menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik.

 

 

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment