Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Umum Barisan Pelakon Reboot “Paranormal Activity”

Paramount Pictures telah mengumumkan barisan pelakon filem reboot Paranormal Activity yang terdiri daripada Emily Bader, Roland Buck III, Dan Lippert dan Henry Ayers-Brown. Pengumuman ini hadir sebulan selepas studio itu membuat keputusan untuk menayangkan reboot Paranormal Activity di platform streaming Paramount+. 

Perincian plot mengenai filem ketujuh francais Paranormal ini masih belum didedahkan, tetapi sumber secara konsisten melaporkan bahawa filem terbaru terbitan Paramount Players ini tidak akan dibuat semula atau kontinuiti melainkan “retooling yang tidak dijangka” dari francais yang telah berlaku sebelumnya.

Christoper Landon (Happy Death Day), yang telah menulis entri kedua hingga keempat Paranormal Activity serta spin-off The Marked Ones (2014), kembali menjadi penulis lakonlayar, manakala pengarah Underwater William Eubank akan berfungsi sebagai pengarah. 

Francais Paranormal Activity telah menyambut ulang-tahun kesepuluhnya pada 2019 yang lalu. Filem pertama telah mencipta kejutan luarbiasa apabila meraih lebih $193 juta dolar seluruh dunia berbanding kos pembikinan sekitar $15, 000 dolar. Kejayaan itu telah mencetuskan minat baru dalam genre ‘found footage’.

Sebanyak enam sekuel telah dihasilkan, termasuklah filem 3D The Ghost Dimension yang diterbitkan pada 2015. Keenam-enam filem itu berjaya mengumpul lebih $890 juta dolar, kejayaan yang cukup mengagumkan kerana kesemua filem dihasilkan dengan kos yang sangat kecil. 

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee