Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Tunda Tarikh Tayangan “Top Gun: Maverick” & Sekuel “Mission: Impossible”

Nampaknya, peminat terpaksa menunggu lebih lama sebelum dapat menonton tiga filem terbaru Tom Cruise. 

Menurut Comingsoon, Paramount Pictures memutuskan untuk mengubah tarikh tayangan tiga projek mereka yang dibintangi oleh Tom Cruise, dengan Top Gun: Maverick ditunda ke tarikh baru iaitu pada 19 November, serta dua sekuel Mission: Impossible, yang mana kedua-duanya telah ditangguhkan selama setahun.

Filem Mission: Impossible 7, yang kini sedang dalam proses penggambaran, akan ditayangkan pada 27 Mei 2022, manakala Mission: Impossible 8 telah ditunda dari tarikh tayangan 5 November 2022, ke tarikh baru iaitu pada 7 Julai 2023. Penggambaran filem kelapan Mission: Impossible hanya akan bermula sebaik sahaja Tom Cruise selesai menjalankan tugas promosi untuk filem Top Gun: Maverick.

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.

Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer.

Mission: Impossible 7 diarah dan ditulis oleh  Christopher McQuarrie, dan turut dibintangi Hayley Atwell, Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw) dan Henry Czerny (Ready or Not), berserta pendatang baru, Shea Whigham (Joker), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy 2, Avengers: Infinity War) dan Esai Morales (La Bamba, Titans) sebagai penjahat utama. 

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee