Berita

Paramount Tunda Tarikh Tayangan A QUITE PLACE PART II & TOP GUN: MAVERICK

Views

Dua filem blockbuster Paramount Pictures menyaksikan perubahan jadual.

Menurut laporan The Warp, filem  A Quite Place Part II dan Top Gun: Maverick telah ditunda ke tahun 2021.

Filem sekuel  A Quite Place arahan John Krasinski telah ditunda dari 4 September ke 23 April 2021. Sebelum ini, filem tersebut dianjak dari tarikh 20 Mac ke September kerana pandemik COVID-19. Manakala filem lakonan Tom Cruise, Top Gun: Maverick yang sebelum ini menyaksikan dua perubahan tarikh telah diberi tarikh baru iaitu pada 2 Julai 2021.

Paramount juga turut menukar jadual tayangan dua filem yang lain iaitu filem reboot Jackass dari 2 Julai ke 3 September dan Sonic the Hedgehog 2 yang diberi tarikh baru iaitu 8 April 2022.

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

BACA:  Tom Hanks Dalam Rundingan Untuk Bawa Watak Geppetto Dalam Filem Live Action PINOCCHIO Arahan Robert Zemeckis

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya

Diarahkan Joseph Kosinski Top Gun: Maverick dibintangi Tom Cruise, Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer.

Tinggalkan Balasan

shares